Rabu, 28 Oktober 2009

Amalan disukai Allah SWT


Dalam suatu kesempatan seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Ibnu Mas’ud ra bertanya kepada Nabi SAW:
Ya Nabi SAW, amalan apa yang paling disukai Allah SWT ? Nabi SAW menjawab, "solat tepat pada waktunya". Ibnu Mas'ud bertanya lagi, " kemudian apa lagi ?".Rasulullah SAW menjawab "berbakti kepada orang tuamu". Ibnu mas'ud bertanya lagi,"kemudian apa lagi ya Rasulullah ?". Rasulullah SAW menjawab "Berjihad dijalan Allah". (Hadis diriwayatkan oleh mutafaqalaih).


=> Solat tepat pada waktunya
Perintah menegakkan solat disebut dlm lebih 10 ayat dalam al-Qur’an. Menegakkan solat tepat pada waktunya terutama solat fardhu lima waktu. “solat adalah tiang agama” demikian yang disampaikan nabi dalam hadis yang lain. Begitu pentingnya solat, hingga amal pertama yg akn dihisab di hari akhir nanti adalah solat. Menegakkan solat tepat pada waktunya, itulah amalan manusia yg plg disukai Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat yang ertinya “sesungguhnya solat itu mencegah pada perbuatan keji dan mungkar”. Setelah solat wajib, ada solat malam atau tahajud juga merupakan solat yang dianjurkan untuk selalu dilaksanakan. Nabi SAW sendiri menghidupkan malam dengan melakukan solat. Kerana amal kita bergantung kpd ibadat solat kita, maka sempurnaknlh solat kita, jangan tangguh2kn solat, insyaAllah amal2 yg lain juga akn sempurna.

=>Berbakti kepada kedua orang tua
Orang tua menempati kedudukan yg tinggi. Redha Allah kepada seorang hamba juga bergantung pada redha kedua orang tuanya. Sekaya apapun, sepintar apapun kita, serta apapun keadaan hamba, ingatlah apa yang telah dicapai itu juga berkat didikn dan doa kedua orang tua. Manusia terlahir di dunia berkat campur tangan kedua orang tuanya. Allah SWT sangat tidak menyukai org yang berlaku kasar kepada orang tua. Orang tua kita menduduki tempat ketiga yang harus kita hormati setelah Allah SWT dan Rasul-Nya.


=>Berjihad di jalan Allah
Berjihad dlm makna yang seluas-luasnya. Ada pemahaman keliru yang sengaja dibiarkan dlm mengertikan kata jihad. Jihad hanya difahami sbg berperang mengangkat senjata melawan orang-orang kafir yang memusuhi islam. Padahal jihad adalah berjuang dengan segala kemampuan untuk menegakan ajaran agama. Sekali lagi jihad jangan dipahami sebagai berperang saja. Allah SWT menyuruh kita untuk berjihad dengan menggunakan harta dan jiwa kita. Jihad dengan apa yang kita miliki baik berupa ilmu, harta dan apapun yang ada pada diri kita. Yg paling penting berjihad berperang dgn diri sendiri, menentang hawa nafsu yg sntiasa ingin menurunkn iman kita..maka amalkn ajaran2 Rasulullah SAW, bykkn beristighfar dan zikrullah..Jika kita sudah berumah tangga, mencari nafkah dengan jalan yang halal untuk keluarga kita juga termasuk bentuk jihad dijalan Allah. Allah SWT menyukai orang-orang yang selalu berjihad dijalan-Nya.

Demikian 3 amalan yang paling disukai oleh Allah SWT, solat tepat pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad dijalan Allah. Semoga kita semua dpt mengamalkn pesanan Rasulullah SAW..dlm menggapai cinta Allah SWT..insyaAllah..


“Dan orang2 yg sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dn menafkahkn sebhgian rezeki yg Kami berikan kpd mereka, dan secara sembunyi atau terang-terangan menolak kejahatan dgn kebaikan , orang2 itulah yg mendapat tempat kesudahan yg baik..” (Surah ar-Ra’d: 22)


“Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)”. (Nuh 71:4)

Sekian perkongsian kali ini, moga kita dpt ambil manfaatnya utk memperbaiki amalan harian kita, insyaAllah…Assalamualaikum wbt.. :-)


Selasa, 6 Oktober 2009

Dah lupa yea..


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد الله اللهم صل وسلم على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وآله وصحبه وكل مسلم ومسلمة
....السلام عليكم ورحمة الله وبركة



Pjngnya bg mukaddimah dan salam, mcm nk bagi ceramah pula kan..hehe..ni yg ramai org yg selalu salah fham, klau kita bg salam pjg, mesti ckp mcm nk bg ceramah dia ni..tp kita kena ingat, kita kena bagi sebaik2 salam dan m’jawab dgn lebih baik atau setara dgnnya..sdgkn menjawab salam itu wajib..


Maksudnya : "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (al-Nisa' : 86)


Tapi bukan soal salam ye yg ana nk kemukakan kali ni, lupa pula…hehe..ada kaitan dgn tajuk kali ni..”Dah lupa ye..?” lucukn tajuk dia..tp moga2 ada manfaatnya wlaupn post kali ni xpjg sgt, insyaAllah..


Kali ni ana nk bincangkn ttg kenapa kita ni cepat lupa..dan nape ye? Xkiralah ttg perkara yg perlu kita buat, perkara yg kita akan buat, dan perkara yg kita nak buat..


contoh yg mudah ialah sbg pelajar,ana taw ramai yg pernah pernah hadapi situasi mcmni..pernah x kita lupa buat tutor2 atau assignment yg lecturer kita bg, ataupun latihan yg kita nak buat..dah ada niat dlm ati nk buat, tp bila diselangi atau ada perkara lain yg menganggu, misalnya sahabat kita datang dan asalnya nk bincang psl pelajaran, tp semakin lama, perbincangan tu dah tersasar..dah cakap benda2 lain, yg boleh melalaikan kita sehinggakan dah lupa yg tujuan kita berdiskusi ni matlamatnya adalah pelajaran..dah lupa ye?


Dlm asik2 berborak tu, ada x kita atau kwn kita sedar kita dah terlupa sebenarnya? Maka terdetiklah dlm niat hitam dlm ati dan tercetuslah di bibir, “nantila buat..ada masa lagi, penatnya…emm, nanti kita bincang esk blh x, dh lwt la, ana dah ngantuk ni..kena hantar lambat lagi kan, mesti org lain dah wat kn, copy je la klau xsempat,hehe”..maka..lupanya kita..bhw masa sentiasa berjalan meninggalkn kita…xterfikirnya klau kita copy org lain pnya kerja, xde usaha langsung, maka xberkatlah markah yg kita dpt tu..xterfikir pula bhw mungkin esk kita ada perkara yg lain menanti..Jika Allah menginginkn kita demam pd esknya, mesti xlarat nk wat..apa jd dgn homework kita tu..nk dpt markah tinggi tp tdo lwt wat assignment, hantar lambat kena marah dgn lecturer?, atau copy tp xberkat? Mana satu yg kita nk?


Mungkin kita dah lupa bhw kita adalah “nasiya=manusia=lupa”? atau dlm bahasa arabnya “Insaan likatsrati nisyaan=kerana sering lupa? Maka..dah jadi tanggungjawab kita utk saling mengingatkan…krn hanya kita blh mengingatkn sesama kita. Dan yg plg penting ana nk shbt2 semua fikirkn ialah lupa dalam kebaikan..apa maksudnya ye?


Contohnya dlm memberi peringatn sesama kita, selalu lupa utk mengingatkn ttg hal2 kebaikan, ttg kebesaran Allah..dan sebagainya..


Dan yg diberi peringatan dan nasihat pula selalunya susah nk menghargai atau xpandai nak memanfaatkn peringatan tersebut. Seharusnya bila ada org atau shbt2 yg menegur kita, byk2knlah bermuhasabah diri, krn sudah pasti diri kita ada terleka..dan sahabat kita yg sygkn kita, sudah tentu mereka xnk kita terus terleka.


Terimalah dgn hati yg terbuka, cuba perbaiki diri dan kesilapan kita.Mereka bukan nak mengaibkn kita, ttp ingin membantu kita, bersangka baiklah dgn org2 sekeliling kita..insyaAllah hubungan sillaturrahim sesama kita akan bertambah utuh..


Sungguh rugi ketika seseorang mengaku beriman, tetapi tidak dianggap beriman kerana tidak mahu mengambil pengajaran dari setiap peringatan.Hal ini dpt dijelaskn dlm mksud ayat berikut:


Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” [Surah Az-Zariyat: 55]


Jangan terlalu alpa dengan bisikan duniawi yg mampu merosakkn keimanan kita, sentiasalah berwaspada, jgn sampai kita memiliki sifat org kafir:


“Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama saja engkau beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan beriman.” [Al-Baqarah:6]


Kerana org yg tidak memiliki iman tidak suka diberi apatah lagi memberi peringatan, spt tiada manfaatnya member peringatan kpdnya..spt tanah yg tandus lg gersang. Manusia yg spt ini meski didatangkan dgn ayat sebyk apapun xkan beriman sampai mereka melihat azab yg sgt pedih..na’uzubillah..


Dan dlm urusan atau pergaulan kita seharian, dan dalam kita berdakwah, sbg memenuhi tuntutan dan kemampuan keimanan seorang muslim, salah satu tanggungjwb kita adalah mengingatkn dlm kebaikan..Jd bila mengingatkn seseorang, secara tidak langsung kita juga dpt mengingatkn diri kita sendiri..insyaAllah.


Seharusnya anak2 mendengar nasihat dan peringatan orang tuanya, pelajar menerima ajaran dan teguran gurunya, isteri pula harus mengikut nasihat suaminya..terimalah nasihat dan peringatan tersebut dgn hati yg terbuka..insyaAllah ada kebaikan dan manfaat disebaliknya..

Maka shbat2 sekalian..tetaplah kita dlm memberi peringatan..moga2 ingatan kita itu diiringi hidayah Allah, ameen..kerana sesungguhnya kita hanya mampu memberi peringatan,ttp hanya Allah yg mampu memberi hidayah…


~….“Maka tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan.” [Al-Ghasiyyah:21]


“Engkau tidaklah mampu menguasai (hati) mereka.” [Al-Ghasyiyyah:22]


“Sesungguhnya engkau tidak akan mampu memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai. Akan tetapi Allah yang mampu memberi hidayah kepada orang yang ia kehendaki. Dan ia Maha Mengetahui orang-orang yang telah mendapat hidayah.” [Al-Qashash:56]….~


Buat teman, ana..jika diri ini terleka atau lalai..ingatkanlah diri ini dgn kebesaran2 Allah..
Teman, jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah..
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta…
Jikaku lemah xberhemah xberdaya, ingatkn aku dgn kehebatan syurga…
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa..

Moga2 perkongsian kali ini ada manfaatnya, insyaAllah..
Alhamdulillah..wassalam wbt…~



Jiwa yg tenang terbina dari hati yg suci..putih,hitam..hati itu..jiwa yg menentukannya..

Siramilah hati dengan alunan zikrullah...maka putihlah ia..damailah jiwa... =)