Selasa, 25 Ogos 2009

صيام توجيه >> Adab Berpuasa

Assalamualaikum wbt ya ikhwan wa ukhti sekalian, hari ini 4 Ramadhan 1430, 4 hari sudah kita berpuasa, alhamdulillah. Mcm mana dgn ibadat puasa kita semua, moga2 ianya penuh barakah dan diterima Allah SWT…ameen..

Apakah pengisian2 yg telah kita usahakn selama Ramadhan ini? Ramadhan bukan sahaja bulan untuk kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan penuh barakah ini merupakan bulan ibadah, bulan untuk kita mempertingkatkan amal ibadah kita, mendekatkn diri kpd Yang Maha Esa.. Antaranya, bermula dari tilawah al-Quran, menahan nafsu dgn berpuasa, qiamullail, beriktikaf di masjid, dan amal ibadah lain.

Semua ini penting kerana ia dapat mempertingkatkn keimanan kita, kualiti kita sebagai seorang Muslim. Seperti yg dijelaskn dlm al-Quran mengenai kelebihan puasa dan ibadah di bulan Ramadhan: “Semuanya adalah dalam rangka merealisasikan intipati ajaran dan hikmah puasa Ramadan iaitu agar kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah, ayat 183)...” Asas utama puasa adalah spy umat Islam dapat mendekatkn dirinya di sisi Allah SWT melalui jalan taqwa dan disusuri dgn melaksanakn amal ibadat lain sepanjang Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..insyaAllah..

Kali ini marilah sama2 kita kongsikn amalan2 yg dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadhan sbg panduan kpd kita, umatnya..moga2 kita dpt mengamalkn sunnah Rasulullah SAW ini sehingga ke penghujung Ramadhan nnti, insyaAllah..

1. Puasa
Amalan terpenting dan terutama pd bulan Ramadhan sudah semestinya adalah ibadat puasa sebagaimana yg dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 183 hingga 187.


2. Tilawah (membaca) al-Quran
Antara kemuliaan Ramadhan adalah turunnya kitab suci al-Quran pada bulan ini.Menurut satu riwayat Imam Bukhari, pada bulan Ramadhan, malaikat Jibril akan turun dan memperdengarkan bacaan kepada Baginda s.a.w.Maka, tidak hairanlah jika kita dapati Rasulullah s.a.w memperbanyakkan tilawah al-Quran pada bulan Ramadhan berbanding pada bulan-bulan lain.

Jadi, ambillah masa kita wpun sekejap untuk bertilawah, cthnya selepas solat2 fardu, selepas bersahur, dan sebelum berbuka puasa.Imam az Zuhri pernah berkata: “Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain puasa) ialah membaca al-Quran.”

Namun, amalan ini turut menuntut penjagaan dari segi tajwid iaitu kaedah membaca al-Quran dan juga dasar utama al-Quran diturunkan iaitu untuk diperhati secara mendalam, difahami dan diamalkan seperti yang dinyatakan dalam ayat 29, surah as-Sod.


3. Qiyam Ramadan (solat tarawih)
Antara kegiatan amal ibadat Rasulullah s.a.w sepanjang bulan Ramadan ialah qiamullail, yang pada zaman ini lebih dikenali dengan solat tarawih.

Ibadat itu dilaksanakan oleh Baginda s.a.w bersama para sahabatnya, walaupun secara tidak tetap kerana adanya kebimbangan ia mungkin diwajibkan ke atas umatnya.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dalam situasi kebimbangan itu, Rasulullah s.a.w menunaikan solat tarawih sebanyak 11 rakaat dengan bacaan-bacaan yang panjang.

Namun, apabila kekhuatiran itu sudah tiada, kita dapati banyak riwayat termasuk yang diriwayatkan oleh Abdul Razak dan al-Baihaqi dan daripada Umar Al-Khattab yang menyebut bilangan rakaat solat itu 20 atau 23 rakaat.

4. Iktikaf.
Antara amalan sunat yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadan adalah iktikaf iaitu duduk diam di dalam masjid dengan niat beribadat kepada Allah s.w.t. Menurut Abu Said al-Kudri, Rasulullah s.a.w melakukan amalan iktikaf tersebut pada awal, pertengahan dan terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Ibadat ini, walaupun nampak ringan, namun pada hakikatnya adalah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan apabila ia sering diabaikan oleh segelintir umat Islam. Berhubung fenomena ini, Imam Az-Zuhri berkata: “Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan ibadah iktikaf, padahal Rasulullah s.a.w tak pernah meninggalkannya semenjak baginda datang ke Madinah sehingga wafatnya di sana.

5. Memberi makan kepada mereka yang berpuasa dan bersedekah.
Rasulullah s.a.w menyediakan santapan berbuka kepada kaum Muslimin yang berpuasa.
Sabda baginda s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Nasa`ei (maksudnya): Barang siapa yang memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.

Amalan menyediakan makanan dan bersedekah pada bulan Ramadan bukan sekadar untuk keperluan berbuka semata-mata bahkan untuk segala bentuk amalan kebajikan. Jadi apa salahnya kita meringan2kn tangan dan yg penting hati kita utk bersedekah dgn ikhlas, walaupun sedikit ttp amat besar nilainya di sisi Allah SWT.
Pada bulan Ramadhan, sifat Rasulullah s.a.w yang terkenal dengan dermawan dan sikap ambil berat baginda terhadap umatnya lebih menonjol dan terserlah.

6. Menunaikan ibadat umrah.
Ibadat umrah atau dikenali juga dengan `haji kecil’ adalah antara amalan yang amat digalakkan pada bulan Ramadan lantaran ganjarannya yang berlipat kali ganda berbanding jika dilaksanakan pada bulan-bulan lain.

Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w kepada seorang wanita daripada kaum Ansar, Ummu Sinan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (maksudnya): Agar apabila datang bulan Ramadan dia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah s.a.w.

7. Memperbanyakkan aktiviti dakwah
Bertepatan dengan kesan dan manfaat Ramadhan, Baginda s.a.w menjadikan bulan ini sebagai bulan penuh amalan dan aktiviti yang berfaedah dan positif.

Selain amalan yang dinyatakan terdahulu, baginda Rasulullah s.a.w juga aktif melakukan kegiatan dakwah, aktiviti sosial, bermusafir jauh dan berjihad di jalan Allah. Misalnya, dalam tempoh sembilan kali Ramadan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w, baginda melakukan perjalanan ke Badar pada tahun kedua Hijrah, Mekah pada tahun kelapan Hijrah dan ke Tabuk pada tahun kesembilan Hijrah.

Selain itu, amat penting bg kita utk menjaga adab2 sms berpuasa bg menyempurnakn ibadat ini. Antaranya adalh menjaga lisan atau lidah kita drp mengumpat, berbohong dn sbgnya, memelihara mata drp melihat dn mendengar p’kara2 yg dilarang syara’ dn yg sia2, menjaga perut drp merasai makanan dn minuman yg haram atau mengandungi unsur syubhat terutamanya makanan berbuka kita, jd kita haruslh bertanggungjwb utk memastikan makanan yg ingin kita jamah itu halal lg bersih. Atau secara rumusnya, kita haruslh berusaha m’jga ksemua pancaindera dn anggota tubuh bdn kita drp mendekati atau mlakukn maksiat dan p’kara2 yg sia2, nau’zubillah..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Ramai yg berpuasa tidak m’dpt ganjaran drp puasanya melainkn lapar dn dahaga” (HR An-Nasaei).
Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.. :-) InsyaAllah…

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah SWT. Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan p’kara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesimpulannya, meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kpd seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lg bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang drp kalangan kamu sdg berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sama2lah kita penuhi bulan Ramadhan yg penuh barakah ini dgn amalan ibadat kpd Allah SWT, sempurnakn ianya dgn ibadat2 tmbhn dn jdikan ianya sbg jln atau latihan utk kita istiqamah dlm mendekatkn diri kita kpd Khaliq, Pencipta kita..Allahu Aziim..insyaAllah, allahumma ameen.. :-)


Wassalam wbt...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan:-"MEGA SALE" kini menjelang tiba

Asslmmualaikum wbt &slam sejahtera. Selawat & salam keats junjungan besar Nabi SAW, Nabi sekalian alam yg tlh diutuskan utk rahmatan lil alamin.

Alhmdullillah thn ini kita diberi kesempatn utk b'temu sekali lagi dgn bulan yg mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa mmg dinanti2kn kedatgnny krn ia dikatakn "penghulu segala bulan". Dalam bulan inilh semua umat Islam diwajibkn b'puasa, satu amalan yg ama tinggi nilainy di sisi Allah SWT. Kenapa Ramadhan dipanggil "penghulu segala bulan"??

Ini adalh krn dlm bulan ini diturunkn Al-Quran, sumber rujukan yg tidk akn ditelan zaman. Amaln yg dilakukan akn dilipat gandakn & syaitan2 akn dirantai kemas. Tdk dilupakn juga, bulan ini satu2ny yg menawarkn ibadah solat Tarawih & zakat fitrah. Di samping itu, Ramadhan blh diibaratkn MEGA SALE krn begitu byk kelebihn & keuntungan yg ak diperolehi sekiranya umat Islam b'belanja ms,wang & tenaga di dlm 'pasaraya' ini contohny t'dapat dlm bulan ramadhan 1mlm yg digelar "Lailatul Qadr". malam ini m'punyai kelebihn yg menyamai amalan 1000 bulan(83tahun) malahan lebih lagi. Ini b'makna hny b'amal 1 ibadat diberi pahala seolah2 mengerjakn ibadat itu selama 83thn.

Nabi Muhammad SAW ada m'jelaskn "permulaan Ramadhan adalh rahmat,pertghnny pengampunan, manakala akhirny pelepasan dr seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah yg diberikn kpd umat Nabi SAW. Meskipn b;usia pndek namun ganjaran pahala yg diberikn seolah2 m'jdkn usia kita lbh pnjag.

Sepanjang Ramadhan kita b'puasa, menahan anggota dr melakukn p'kara yg m'batalkn @ mencederakn puasa. Setiap saat dipermudahnkn utk melakukan ketaatn kpd Allah SWT. Pendek kata kita blh m'dapat pahala sepnjg ms dlm bulan Ramadhan. Ini tidak dpt dilakukn dlm bulan2 yg lain dan dlm ibadat2 lain. Ramadhan adalh buln yg plg istimewa b'banding bulan2 lain.

Antara amaln plg utama yg ptt kita laksanakn ialah p'khatamn Al-Quran. Amaln ini merupakn amalan Rasullullah SAW yg m'khatamknnya sebyk 2x b'sama Jibrail A.S. pd thun kewafatan nabi sebagaimana disebut dlm hadith,Abu Hurairah b'kata"Sesungguhny Jibrail sentiasa melawat Al-Quran Nabi sekali dlm setahun.Pada thun Nabi diwafatkn,Jibrail telah dtg melawat Al-Quran baginda sebnyk 2x",hadith ini merupakn riwayat Bukhari.

Begitu hebatny MEGA SALE ciptaan Allah ini ssehingga malaikat Jibrail menerangkn kpd Baginda SAW bhw org yg xm'p'olehi keampunan dlm bulan ini adalh org yg btl2 celaka & malang.Mudah2an kita semua tdk t'msk di dalam golngan yg tidak m'dapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.

Jibrai menyatakn demikian lantaran mudah sekali m'dapat keampunan Allah dlm bulan ini. Hal ini tdk dpt b'laku dlm bulan2 lain. Mereka yg t'lalu engkar dan melawan Allah shj yg t'kecuali dr m'dpt keampunan. Pintu rahmat ditutup baginya.

Secara kontra, Ramadhan juga m'jd sgt meriah disebabkn oleh p'kara2 yg tidak sepatutny dilakukn. Kini masyarakat sgt mementingkan p'siapan perayaan aidilfitri sehingga amaln2 mereka m'jdi lemah. Mereka t'lalu byk m'gunakn ms menyediakn kuih-muih,m'beli pakaian baru,langsir baru lantaran pd bulan Ramadhan kini t'dpt MEGA SALE sehingga wktu yg digunakn utk b'ibadat m'jdi suntuk.Apa yg lbh dahsyat,pusat m'beli belah akn dipenuhi ribuan manusia pd hari-hari t'akhir didlm bulan puasa walhal kita sedia maklum,bhw jumhur ulama' menyatakn bhw lailatul Qadr t'dpt pd 10mlm yg t'akhir. Sepattny juga ummat Islam pd ketika itu cbuk dgn amal ibadat dek krn majlis p'pisah antara mereka dgn Ramdhan bkl m'jelang ttpi sebaliknya b'laku. Justeru,kita sepatutny m'belanjakn masa kita pd MEGA SALE yg ditawarkn Allah SWT.

Sama2lh kita memohon keampunan kehadrat Allah SWT sempena Ramadhan thn 1430 ini smoga kita m'perolehi keselamatan didunia wa akhirat. Kita blum psti dpt b'temu dgn Ramadhan thun 1431. oleh itu b'ibadatlh sebyk mungkin dgn melakukn segala ketaatn spt m'baca Al-Quran,b'esedekah & sbgainya disamping mngelakkn diri drp melakukn p'kara yg dilarang Allah.

Ya Allah, terimalh amalan kami yg kerdil & b'gelumang dgn dosa ini. Ampuni kami sebagaimn Engkau m'ampunkn umat t'dahulu. Sesungghnya kami sgt gmbira dgn kedatngan Ramadhan ini. Kami sedar sabda RasulMU bhw mereka yg gembira menyambut Ramadhan,Engkau haramkn api neraka keatsnya.Ole itu kami memohon sepenuh hati smoga kami juga Engkau jauhkn dri azab neraka,Ameen..


Sabtu, 15 Ogos 2009

Perihal Air Mata


PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan
harga dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.



10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah


1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.


Tangis tercela atau terpuji?

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.



Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.



Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”



Air mata yang tidak dituntut

  1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
  2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
  3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
  6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.

2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmatSebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.

2. Airmatanya berlinang.

3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,

2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,

3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,

4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'

6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.

7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."

(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan

4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.


(Petikan daripada Blog Diary-Kasih.blogspot.com)

Jumaat, 7 Ogos 2009

Marhaban ya Ramadhan

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt.

"Bila salah seorang dari kalian berpuasa maka hendaknya ia tidak berbicara buruk dan aib, dan jangan berbicara yang tiada manfaatnya dan bila dimaki seseorang maka berkatalah, 'Aku berpuasa'". (HR. Bukhari).

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jemaah yakni agama Islam.

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri antara suami isteri pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”

Sumber: Hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Baihaqi, Ibn majah, Ibn Habban, Tarmizi, Abu Daud,,Malik, Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah.

Semoga Ramadhan ini membawa beribu keberkatan buat kita, dan umat Islam seluruhnya, insyaAllah, ameen...Wassalam..

*sambungan post seterusnya..amalan2 sepanjang ramadhan & fadhilat solat tarawikh..insyaAllah..:-)

Isnin, 3 Ogos 2009

Aku menunggumu

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.


Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.


"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"



usratul sakinah mawaddah warahmah...