Tangisan Rindu
Menangislah kerana rindukan Allah, jangan kerana rindukan dunia @ manusia..
Sabtu, 25 September 2010
Hilangnya Seorang Kekasih
Sabtu, 1 Mei 2010
Hari Kiamat
Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi S.A.W.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’ Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’ Lalu Nabi S.A.W. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’ Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’ Nabi S.A.W. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’ Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah S.A.W.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’ Jawab Jibrail: ‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’ Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’
Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’ Maka Nabi S.A.W. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar Nabi S.A.W. bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’ Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’ Kemudian Nabi S.A.W. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’) Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat. Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:’ Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. :
‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’ Maka jawabnya Rasulullah S.A.W. ‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’ Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W. bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- Para Nabi Para Ahli Jihad Para Alim Ulama Para Syuhada Para Penghafal Al Quran Imam atau Pemimpin yang Adil Tukang Azan Wanita yang mati kelahiran/beranak Orang mati dibunuh atau dianiaya Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah S.A.W.:
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘ Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’ ‘Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.’ Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama…
Selasa, 27 April 2010
tanda-tanda kematian
ade baiknya ana berkongsikn sedikit sebyk ttg tanda2 kematian...yg mn dipetik drp facebook...
group "Berusrah Bersama"....yg diberikan oleh bangku kosong...
ana arap ianya dpt dijadikn ikhtibar ya shbt2ku...
agama adalah yg terpenting dlm hidup ini....sm2 hayati membaca bersama...
100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.
3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan
diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari
Allah
SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang
kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha
berkuasa
lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada doa
dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan
Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah
SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati
hidup dan
mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian
kita.
Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.
Insyallahmulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita
semakin
hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri
saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah
kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.
Sabtu, 13 Februari 2010
Ikhlaskan hati..
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, seizin-Nya , masih lagi diri ini bernafas di atas dunia yang penuh mehnah dan juga cabaran.Cabaran yg kadang2 menguji keimanan, cabaran yg menggoyahkan perasaan, cabaran yg mampu meruntunkan prinsip yg dipegang selama ini.
Subhanallah, ujian Allah itu terlalu besar ertinya buat mereka yg menemui erti hakikat sebenar diuji. Hati ini juga diuji, diuji dengan segala prinsip yg diperjuangkan.
Subhanallah, kuatnya ujian kali ini jika nak dibandingkan dengan ujian semester yg akan berlangsung tidak lama lagi.
Ana pasti hati kalian juga pernah diuji.Tak kisah lah ujian itu datang dalam bentuk bagaimana, kesedihan, ketakutan, kerinduan, keikhlasan, kemaksiatan, kemarahan. Hanya Allah sahaja lebih tahu ujian apakah yg Dia turunkan..Dan Dia jualah mengetahui akan kemampuan kita untuk mengatasinya
Benar kata Allah:“286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”Surah Al-Baqarah
Keikhlasan ku teruji, disaat hati berbolak-balak membenarkan sesuatu yg jelasnya haram…Daku terpanggil untuk mengenang kembali IKHLAS hatiku. Untuk apakah aku pertahankan prinsip hidupku ini???Jauh di sudut hatiku menjerit untuk Allah!!!!!..Namun, suaranya sayup-sayup kedengaran jauh di pelosok rongga hati ku yg kian kelam.
Daku mohon kepada khaliqku agar disucikan hati ini, kerana hanya hati yg bersih mampu memberi firasat yg benar…Hati yg bersih bukan sahaja memudahkan ilmu meresap masuk ke dalamnya..malah kemurniannya akan terpancar pada wajahnya..Daku ingin menjadi insan itu.
Sekalipun telah panjang lebar daku uraikan, namun , ikhlas itu yg pasti adanya di dalam hati..Berusahalah mencari keikhlasan kerana ia selalu bersembunyi di sebalik kemahuan.Janganlah kerana keinginan hati, ikhlas itu diketepikan , syariat tuhan di ke sampingkan.
Suka kiranya diri yg kerdil, lemah lagi hina ini untuk menyeru sahabat2 sekalian. Andai kata Allah telah menentukan sesuatu (hukum) janganlah kita mencuba untuk memikirkan yg selain itu..kerana bukan kebahagiaan yg kita cari tapi kebinasaan..
Seperti firman Allah:68. Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka*. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).
*Bila Allah telah menentukan sesuatu, maka manusia tidak dapat memilih yang lain lagi dan harus menaati dan menerima apa yang telah ditetapkan Allah.Surah -Al Qashash
Tatkala, dirimu ingin melakukan sesuatu fikirkanlah, adakah ia bertepatan dengan kalam Tuhan ataupun sabda Rasul junjungan..Ingatlah bahawa dunia ini adalah persinggahan yg keindahannya sungguh mempersonakan .Nescaya berhati-hatilah membuat pilihan kerana aku takut kita akan tersalah jalan..
Sebelum daku mengakhiri tinta mindaku ingin daku katakan.Letakkanlah keyakinan mu itu pada janji tuhan kerana Allah tak pernah mengecewakan..Pujuklah hatimu dengan kalam-kalamullah yg tersusun indah seperti yg ingin daku kongsikan ini..
36. Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal.
37. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan- perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.Surah Asy-syuara
Wallahua'lam~ IKHAS2KAN HATI KITA, INSYAALLAH.. :-)
Rabu, 28 Oktober 2009
Amalan disukai Allah SWT
Ya Nabi SAW, amalan apa yang paling disukai Allah SWT ? Nabi SAW menjawab, "solat tepat pada waktunya". Ibnu Mas'ud bertanya lagi, " kemudian apa lagi ?".Rasulullah SAW menjawab "berbakti kepada orang tuamu". Ibnu mas'ud bertanya lagi,"kemudian apa lagi ya Rasulullah ?". Rasulullah SAW menjawab "Berjihad dijalan Allah". (Hadis diriwayatkan oleh mutafaqalaih).
=> Solat tepat pada waktunya
Perintah menegakkan solat disebut dlm lebih 10 ayat dalam al-Qur’an. Menegakkan solat tepat pada waktunya terutama solat fardhu lima waktu. “solat adalah tiang agama” demikian yang disampaikan nabi dalam hadis yang lain. Begitu pentingnya solat, hingga amal pertama yg akn dihisab di hari akhir nanti adalah solat. Menegakkan solat tepat pada waktunya, itulah amalan manusia yg plg disukai Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayat yang ertinya “sesungguhnya solat itu mencegah pada perbuatan keji dan mungkar”. Setelah solat wajib, ada solat malam atau tahajud juga merupakan solat yang dianjurkan untuk selalu dilaksanakan. Nabi SAW sendiri menghidupkan malam dengan melakukan solat. Kerana amal kita bergantung kpd ibadat solat kita, maka sempurnaknlh solat kita, jangan tangguh2kn solat, insyaAllah amal2 yg lain juga akn sempurna.
Orang tua menempati kedudukan yg tinggi. Redha Allah kepada seorang hamba juga bergantung pada redha kedua orang tuanya. Sekaya apapun, sepintar apapun kita, serta apapun keadaan hamba, ingatlah apa yang telah dicapai itu juga berkat didikn dan doa kedua orang tua. Manusia terlahir di dunia berkat campur tangan kedua orang tuanya. Allah SWT sangat tidak menyukai org yang berlaku kasar kepada orang tua. Orang tua kita menduduki tempat ketiga yang harus kita hormati setelah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Berjihad dlm makna yang seluas-luasnya. Ada pemahaman keliru yang sengaja dibiarkan dlm mengertikan kata jihad. Jihad hanya difahami sbg berperang mengangkat senjata melawan orang-orang kafir yang memusuhi islam. Padahal jihad adalah berjuang dengan segala kemampuan untuk menegakan ajaran agama. Sekali lagi jihad jangan dipahami sebagai berperang saja. Allah SWT menyuruh kita untuk berjihad dengan menggunakan harta dan jiwa kita. Jihad dengan apa yang kita miliki baik berupa ilmu, harta dan apapun yang ada pada diri kita. Yg paling penting berjihad berperang dgn diri sendiri, menentang hawa nafsu yg sntiasa ingin menurunkn iman kita..maka amalkn ajaran2 Rasulullah SAW, bykkn beristighfar dan zikrullah..Jika kita sudah berumah tangga, mencari nafkah dengan jalan yang halal untuk keluarga kita juga termasuk bentuk jihad dijalan Allah. Allah SWT menyukai orang-orang yang selalu berjihad dijalan-Nya.
“Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)”. (Nuh 71:4)
Sekian perkongsian kali ini, moga kita dpt ambil manfaatnya utk memperbaiki amalan harian kita, insyaAllah…Assalamualaikum wbt.. :-)Selasa, 6 Oktober 2009
Dah lupa yea..
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله اللهم صل وسلم على سيدنا محمد الفاتح الخاتم وآله وصحبه وكل مسلم ومسلمة
....السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Pjngnya bg mukaddimah dan salam, mcm nk bagi ceramah pula kan..hehe..ni yg ramai org yg selalu salah fham, klau kita bg salam pjg, mesti ckp mcm nk bg ceramah dia ni..tp kita kena ingat, kita kena bagi sebaik2 salam dan m’jawab dgn lebih baik atau setara dgnnya..sdgkn menjawab salam itu wajib..
Maksudnya : "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (al-Nisa' : 86)
Tapi bukan soal salam ye yg ana nk kemukakan kali ni, lupa pula…hehe..ada kaitan dgn tajuk kali ni..”Dah lupa ye..?” lucukn tajuk dia..tp moga2 ada manfaatnya wlaupn post kali ni xpjg sgt, insyaAllah..
Kali ni ana nk bincangkn ttg kenapa kita ni cepat lupa..dan nape ye? Xkiralah ttg perkara yg perlu kita buat, perkara yg kita akan buat, dan perkara yg kita nak buat..
Dlm asik2 berborak tu, ada x kita atau kwn kita sedar kita dah terlupa sebenarnya? Maka terdetiklah dlm niat hitam dlm ati dan tercetuslah di bibir, “nantila buat..ada masa lagi, penatnya…emm, nanti kita bincang esk blh x, dh lwt la, ana dah ngantuk ni..kena hantar lambat lagi kan, mesti org lain dah wat kn, copy je la klau xsempat,hehe”..maka..lupanya kita..bhw masa sentiasa berjalan meninggalkn kita…xterfikirnya klau kita copy org lain pnya kerja, xde usaha langsung, maka xberkatlah markah yg kita dpt tu..xterfikir pula bhw mungkin esk kita ada perkara yg lain menanti..Jika Allah menginginkn kita demam pd esknya, mesti xlarat nk wat..apa jd dgn homework kita tu..nk dpt markah tinggi tp tdo lwt wat assignment, hantar lambat kena marah dgn lecturer?, atau copy tp xberkat? Mana satu yg kita nk?
Mungkin kita dah lupa bhw kita adalah “nasiya=manusia=lupa”? atau dlm bahasa arabnya “Insaan likatsrati nisyaan=kerana sering lupa? Maka..dah jadi tanggungjawab kita utk saling mengingatkan…krn hanya kita blh mengingatkn sesama kita. Dan yg plg penting ana nk shbt2 semua fikirkn ialah lupa dalam kebaikan..apa maksudnya ye?
Contohnya dlm memberi peringatn sesama kita, selalu lupa utk mengingatkn ttg hal2 kebaikan, ttg kebesaran Allah..dan sebagainya..
Dan yg diberi peringatan dan nasihat pula selalunya susah nk menghargai atau xpandai nak memanfaatkn peringatan tersebut. Seharusnya bila ada org atau shbt2 yg menegur kita, byk2knlah bermuhasabah diri, krn sudah pasti diri kita ada terleka..dan sahabat kita yg sygkn kita, sudah tentu mereka xnk kita terus terleka.
Terimalah dgn hati yg terbuka, cuba perbaiki diri dan kesilapan kita.Mereka bukan nak mengaibkn kita, ttp ingin membantu kita, bersangka baiklah dgn org2 sekeliling kita..insyaAllah hubungan sillaturrahim sesama kita akan bertambah utuh..
Sungguh rugi ketika seseorang mengaku beriman, tetapi tidak dianggap beriman kerana tidak mahu mengambil pengajaran dari setiap peringatan.Hal ini dpt dijelaskn dlm mksud ayat berikut:
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” [Surah Az-Zariyat: 55]
Jangan terlalu alpa dengan bisikan duniawi yg mampu merosakkn keimanan kita, sentiasalah berwaspada, jgn sampai kita memiliki sifat org kafir:
“Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama saja engkau beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan beriman.” [Al-Baqarah:6]
Kerana org yg tidak memiliki iman tidak suka diberi apatah lagi memberi peringatan, spt tiada manfaatnya member peringatan kpdnya..spt tanah yg tandus lg gersang. Manusia yg spt ini meski didatangkan dgn ayat sebyk apapun xkan beriman sampai mereka melihat azab yg sgt pedih..na’uzubillah..
Dan dlm urusan atau pergaulan kita seharian, dan dalam kita berdakwah, sbg memenuhi tuntutan dan kemampuan keimanan seorang muslim, salah satu tanggungjwb kita adalah mengingatkn dlm kebaikan..Jd bila mengingatkn seseorang, secara tidak langsung kita juga dpt mengingatkn diri kita sendiri..insyaAllah.
Seharusnya anak2 mendengar nasihat dan peringatan orang tuanya, pelajar menerima ajaran dan teguran gurunya, isteri pula harus mengikut nasihat suaminya..terimalah nasihat dan peringatan tersebut dgn hati yg terbuka..insyaAllah ada kebaikan dan manfaat disebaliknya..
Maka shbat2 sekalian..tetaplah kita dlm memberi peringatan..moga2 ingatan kita itu diiringi hidayah Allah, ameen..kerana sesungguhnya kita hanya mampu memberi peringatan,ttp hanya Allah yg mampu memberi hidayah…
~….“Maka tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan.” [Al-Ghasiyyah:21]
“Engkau tidaklah mampu menguasai (hati) mereka.” [Al-Ghasyiyyah:22]
“Sesungguhnya engkau tidak akan mampu memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai. Akan tetapi Allah yang mampu memberi hidayah kepada orang yang ia kehendaki. Dan ia Maha Mengetahui orang-orang yang telah mendapat hidayah.” [Al-Qashash:56]….~
Buat teman, ana..jika diri ini terleka atau lalai..ingatkanlah diri ini dgn kebesaran2 Allah..
Teman, jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah..
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta…
Jikaku lemah xberhemah xberdaya, ingatkn aku dgn kehebatan syurga…
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Alhamdulillah..wassalam wbt…~
Jiwa yg tenang terbina dari hati yg suci..putih,hitam..hati itu..jiwa yg menentukannya..
Siramilah hati dengan alunan zikrullah...maka putihlah ia..damailah jiwa... =)
Selasa, 25 Ogos 2009
صيام توجيه >> Adab Berpuasa
Semua ini penting kerana ia dapat mempertingkatkn keimanan kita, kualiti kita sebagai seorang Muslim. Seperti yg dijelaskn dlm al-Quran mengenai kelebihan puasa dan ibadah di bulan Ramadhan: “Semuanya adalah dalam rangka merealisasikan intipati ajaran dan hikmah puasa Ramadan iaitu agar kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah, ayat 183)...” Asas utama puasa adalah spy umat Islam dapat mendekatkn dirinya di sisi Allah SWT melalui jalan taqwa dan disusuri dgn melaksanakn amal ibadat lain sepanjang Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..insyaAllah..
Kali ini marilah sama2 kita kongsikn amalan2 yg dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadhan sbg panduan kpd kita, umatnya..moga2 kita dpt mengamalkn sunnah Rasulullah SAW ini sehingga ke penghujung Ramadhan nnti, insyaAllah..
1. Puasa
Antara kemuliaan Ramadhan adalah turunnya kitab suci al-Quran pada bulan ini.Menurut satu riwayat Imam Bukhari, pada bulan Ramadhan, malaikat Jibril akan turun dan memperdengarkan bacaan kepada Baginda s.a.w.Maka, tidak hairanlah jika kita dapati Rasulullah s.a.w memperbanyakkan tilawah al-Quran pada bulan Ramadhan berbanding pada bulan-bulan lain.
Jadi, ambillah masa kita wpun sekejap untuk bertilawah, cthnya selepas solat2 fardu, selepas bersahur, dan sebelum berbuka puasa.Imam az Zuhri pernah berkata: “Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain puasa) ialah membaca al-Quran.”
Namun, amalan ini turut menuntut penjagaan dari segi tajwid iaitu kaedah membaca al-Quran dan juga dasar utama al-Quran diturunkan iaitu untuk diperhati secara mendalam, difahami dan diamalkan seperti yang dinyatakan dalam ayat 29, surah as-Sod.
Antara kegiatan amal ibadat Rasulullah s.a.w sepanjang bulan Ramadan ialah qiamullail, yang pada zaman ini lebih dikenali dengan solat tarawih.
Ibadat itu dilaksanakan oleh Baginda s.a.w bersama para sahabatnya, walaupun secara tidak tetap kerana adanya kebimbangan ia mungkin diwajibkan ke atas umatnya.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dalam situasi kebimbangan itu, Rasulullah s.a.w menunaikan solat tarawih sebanyak 11 rakaat dengan bacaan-bacaan yang panjang.
Namun, apabila kekhuatiran itu sudah tiada, kita dapati banyak riwayat termasuk yang diriwayatkan oleh Abdul Razak dan al-Baihaqi dan daripada Umar Al-Khattab yang menyebut bilangan rakaat solat itu 20 atau 23 rakaat.
Antara amalan sunat yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadan adalah iktikaf iaitu duduk diam di dalam masjid dengan niat beribadat kepada Allah s.w.t. Menurut Abu Said al-Kudri, Rasulullah s.a.w melakukan amalan iktikaf tersebut pada awal, pertengahan dan terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
Ibadat ini, walaupun nampak ringan, namun pada hakikatnya adalah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan apabila ia sering diabaikan oleh segelintir umat Islam. Berhubung fenomena ini, Imam Az-Zuhri berkata: “Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan ibadah iktikaf, padahal Rasulullah s.a.w tak pernah meninggalkannya semenjak baginda datang ke Madinah sehingga wafatnya di sana.
Rasulullah s.a.w menyediakan santapan berbuka kepada kaum Muslimin yang berpuasa.
Sabda baginda s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Nasa`ei (maksudnya): Barang siapa yang memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.
Amalan menyediakan makanan dan bersedekah pada bulan Ramadan bukan sekadar untuk keperluan berbuka semata-mata bahkan untuk segala bentuk amalan kebajikan. Jadi apa salahnya kita meringan2kn tangan dan yg penting hati kita utk bersedekah dgn ikhlas, walaupun sedikit ttp amat besar nilainya di sisi Allah SWT.
Pada bulan Ramadhan, sifat Rasulullah s.a.w yang terkenal dengan dermawan dan sikap ambil berat baginda terhadap umatnya lebih menonjol dan terserlah.
Ibadat umrah atau dikenali juga dengan `haji kecil’ adalah antara amalan yang amat digalakkan pada bulan Ramadan lantaran ganjarannya yang berlipat kali ganda berbanding jika dilaksanakan pada bulan-bulan lain.
Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w kepada seorang wanita daripada kaum Ansar, Ummu Sinan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (maksudnya): Agar apabila datang bulan Ramadan dia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah s.a.w.
Bertepatan dengan kesan dan manfaat Ramadhan, Baginda s.a.w menjadikan bulan ini sebagai bulan penuh amalan dan aktiviti yang berfaedah dan positif.
Selain amalan yang dinyatakan terdahulu, baginda Rasulullah s.a.w juga aktif melakukan kegiatan dakwah, aktiviti sosial, bermusafir jauh dan berjihad di jalan Allah. Misalnya, dalam tempoh sembilan kali Ramadan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w, baginda melakukan perjalanan ke Badar pada tahun kedua Hijrah, Mekah pada tahun kelapan Hijrah dan ke Tabuk pada tahun kesembilan Hijrah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Ramai yg berpuasa tidak m’dpt ganjaran drp puasanya melainkn lapar dn dahaga” (HR An-Nasaei).
Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.. :-) InsyaAllah…
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah SWT. Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan p’kara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kesimpulannya, meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kpd seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lg bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang drp kalangan kamu sdg berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sama2lah kita penuhi bulan Ramadhan yg penuh barakah ini dgn amalan ibadat kpd Allah SWT, sempurnakn ianya dgn ibadat2 tmbhn dn jdikan ianya sbg jln atau latihan utk kita istiqamah dlm mendekatkn diri kita kpd Khaliq, Pencipta kita..Allahu Aziim..insyaAllah, allahumma ameen.. :-)