Selasa, 25 Ogos 2009

صيام توجيه >> Adab Berpuasa

Assalamualaikum wbt ya ikhwan wa ukhti sekalian, hari ini 4 Ramadhan 1430, 4 hari sudah kita berpuasa, alhamdulillah. Mcm mana dgn ibadat puasa kita semua, moga2 ianya penuh barakah dan diterima Allah SWT…ameen..

Apakah pengisian2 yg telah kita usahakn selama Ramadhan ini? Ramadhan bukan sahaja bulan untuk kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan penuh barakah ini merupakan bulan ibadah, bulan untuk kita mempertingkatkan amal ibadah kita, mendekatkn diri kpd Yang Maha Esa.. Antaranya, bermula dari tilawah al-Quran, menahan nafsu dgn berpuasa, qiamullail, beriktikaf di masjid, dan amal ibadah lain.

Semua ini penting kerana ia dapat mempertingkatkn keimanan kita, kualiti kita sebagai seorang Muslim. Seperti yg dijelaskn dlm al-Quran mengenai kelebihan puasa dan ibadah di bulan Ramadhan: “Semuanya adalah dalam rangka merealisasikan intipati ajaran dan hikmah puasa Ramadan iaitu agar kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah, ayat 183)...” Asas utama puasa adalah spy umat Islam dapat mendekatkn dirinya di sisi Allah SWT melalui jalan taqwa dan disusuri dgn melaksanakn amal ibadat lain sepanjang Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah..insyaAllah..

Kali ini marilah sama2 kita kongsikn amalan2 yg dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadhan sbg panduan kpd kita, umatnya..moga2 kita dpt mengamalkn sunnah Rasulullah SAW ini sehingga ke penghujung Ramadhan nnti, insyaAllah..

1. Puasa
Amalan terpenting dan terutama pd bulan Ramadhan sudah semestinya adalah ibadat puasa sebagaimana yg dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 183 hingga 187.


2. Tilawah (membaca) al-Quran
Antara kemuliaan Ramadhan adalah turunnya kitab suci al-Quran pada bulan ini.Menurut satu riwayat Imam Bukhari, pada bulan Ramadhan, malaikat Jibril akan turun dan memperdengarkan bacaan kepada Baginda s.a.w.Maka, tidak hairanlah jika kita dapati Rasulullah s.a.w memperbanyakkan tilawah al-Quran pada bulan Ramadhan berbanding pada bulan-bulan lain.

Jadi, ambillah masa kita wpun sekejap untuk bertilawah, cthnya selepas solat2 fardu, selepas bersahur, dan sebelum berbuka puasa.Imam az Zuhri pernah berkata: “Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain puasa) ialah membaca al-Quran.”

Namun, amalan ini turut menuntut penjagaan dari segi tajwid iaitu kaedah membaca al-Quran dan juga dasar utama al-Quran diturunkan iaitu untuk diperhati secara mendalam, difahami dan diamalkan seperti yang dinyatakan dalam ayat 29, surah as-Sod.


3. Qiyam Ramadan (solat tarawih)
Antara kegiatan amal ibadat Rasulullah s.a.w sepanjang bulan Ramadan ialah qiamullail, yang pada zaman ini lebih dikenali dengan solat tarawih.

Ibadat itu dilaksanakan oleh Baginda s.a.w bersama para sahabatnya, walaupun secara tidak tetap kerana adanya kebimbangan ia mungkin diwajibkan ke atas umatnya.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dalam situasi kebimbangan itu, Rasulullah s.a.w menunaikan solat tarawih sebanyak 11 rakaat dengan bacaan-bacaan yang panjang.

Namun, apabila kekhuatiran itu sudah tiada, kita dapati banyak riwayat termasuk yang diriwayatkan oleh Abdul Razak dan al-Baihaqi dan daripada Umar Al-Khattab yang menyebut bilangan rakaat solat itu 20 atau 23 rakaat.

4. Iktikaf.
Antara amalan sunat yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadan adalah iktikaf iaitu duduk diam di dalam masjid dengan niat beribadat kepada Allah s.w.t. Menurut Abu Said al-Kudri, Rasulullah s.a.w melakukan amalan iktikaf tersebut pada awal, pertengahan dan terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Ibadat ini, walaupun nampak ringan, namun pada hakikatnya adalah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan apabila ia sering diabaikan oleh segelintir umat Islam. Berhubung fenomena ini, Imam Az-Zuhri berkata: “Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan ibadah iktikaf, padahal Rasulullah s.a.w tak pernah meninggalkannya semenjak baginda datang ke Madinah sehingga wafatnya di sana.

5. Memberi makan kepada mereka yang berpuasa dan bersedekah.
Rasulullah s.a.w menyediakan santapan berbuka kepada kaum Muslimin yang berpuasa.
Sabda baginda s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Nasa`ei (maksudnya): Barang siapa yang memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.

Amalan menyediakan makanan dan bersedekah pada bulan Ramadan bukan sekadar untuk keperluan berbuka semata-mata bahkan untuk segala bentuk amalan kebajikan. Jadi apa salahnya kita meringan2kn tangan dan yg penting hati kita utk bersedekah dgn ikhlas, walaupun sedikit ttp amat besar nilainya di sisi Allah SWT.
Pada bulan Ramadhan, sifat Rasulullah s.a.w yang terkenal dengan dermawan dan sikap ambil berat baginda terhadap umatnya lebih menonjol dan terserlah.

6. Menunaikan ibadat umrah.
Ibadat umrah atau dikenali juga dengan `haji kecil’ adalah antara amalan yang amat digalakkan pada bulan Ramadan lantaran ganjarannya yang berlipat kali ganda berbanding jika dilaksanakan pada bulan-bulan lain.

Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w kepada seorang wanita daripada kaum Ansar, Ummu Sinan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (maksudnya): Agar apabila datang bulan Ramadan dia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah s.a.w.

7. Memperbanyakkan aktiviti dakwah
Bertepatan dengan kesan dan manfaat Ramadhan, Baginda s.a.w menjadikan bulan ini sebagai bulan penuh amalan dan aktiviti yang berfaedah dan positif.

Selain amalan yang dinyatakan terdahulu, baginda Rasulullah s.a.w juga aktif melakukan kegiatan dakwah, aktiviti sosial, bermusafir jauh dan berjihad di jalan Allah. Misalnya, dalam tempoh sembilan kali Ramadan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w, baginda melakukan perjalanan ke Badar pada tahun kedua Hijrah, Mekah pada tahun kelapan Hijrah dan ke Tabuk pada tahun kesembilan Hijrah.

Selain itu, amat penting bg kita utk menjaga adab2 sms berpuasa bg menyempurnakn ibadat ini. Antaranya adalh menjaga lisan atau lidah kita drp mengumpat, berbohong dn sbgnya, memelihara mata drp melihat dn mendengar p’kara2 yg dilarang syara’ dn yg sia2, menjaga perut drp merasai makanan dn minuman yg haram atau mengandungi unsur syubhat terutamanya makanan berbuka kita, jd kita haruslh bertanggungjwb utk memastikan makanan yg ingin kita jamah itu halal lg bersih. Atau secara rumusnya, kita haruslh berusaha m’jga ksemua pancaindera dn anggota tubuh bdn kita drp mendekati atau mlakukn maksiat dan p’kara2 yg sia2, nau’zubillah..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Ramai yg berpuasa tidak m’dpt ganjaran drp puasanya melainkn lapar dn dahaga” (HR An-Nasaei).
Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.. :-) InsyaAllah…

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah SWT. Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan p’kara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesimpulannya, meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kpd seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lg bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang drp kalangan kamu sdg berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sama2lah kita penuhi bulan Ramadhan yg penuh barakah ini dgn amalan ibadat kpd Allah SWT, sempurnakn ianya dgn ibadat2 tmbhn dn jdikan ianya sbg jln atau latihan utk kita istiqamah dlm mendekatkn diri kita kpd Khaliq, Pencipta kita..Allahu Aziim..insyaAllah, allahumma ameen.. :-)


Wassalam wbt...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan