Selasa, 7 Julai 2009

Penghias Peribadi Mukmin.. :-)



Sebagai muslimin dan muslimat, hiasilah diri kita dengan keindahan ajaran Islam dan sunnah Rasulullah SAW. Jiwa seseorang muslim hendaklah sentiasa dihiasi dgn keperibadian seorang mukmin yg sejati, iaitu dgn ketaqwaan dan lemah-lembut.

Dari Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Aisyah, hendaklah engkau bertakwa kpd Allah Azza wa Jalla dan lemah lembut. Kerana lemah-lembut itu sama sekali tidak berada pd sesuatu melainkn menghiasinya, dan lemah-lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya”.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakawa berada dalam tempat yang aman” (Ad-Dukhan:51)

Wasiat yg sgt bernilai ini merupakan slh satu dasar penting yg membantu dlm kehidupan org mukmin di di dunia.
Jadi, amalkanlah wasiat Rasulullah SAW ini dalam aktiviti2 harian kita, di sini kita akan temui satu ketenangan yg amat mendamaikn jiwa, di mna pastinya sahabat2 dan org2 di sekelililng kita akan senang dgn sikap kita. Mungkin juga ini slh satu cara utk kita menarik umat agama lain t’hdp keindahan agama Islam, cara ini juga sm spt b’dakwah scr berhikmah.

Kita tidak dpt lari drp tekanan dlm hidup seharian. Namun percayalah, apabila jiwa kita tenang, hati sentiasa berzikrullah, maka sekaligus nafsu amarah akan dpt dikawal, insyaAllah. Sbg tambahan, apabila kita mula ingin merasa marah, cpt2lah berwudhu’, insyaAllah perasaan kita akan menjadi damai kembali.
Sbg srg pelajar, kita harus menjaga adab-adab kita dgn guru-guru kita, salah satunya adalah sikap yg sopan dan bercakap dgn lemah lembut dgn mereka,sbg tanda kita menghormati mereka dan ilmu yang mereka sampaikan pada kita. Sm juga dlm pergaulan dgn sahabat2 kita, hargailah mereka, jgn sekali2 menggunakan nada yg kasar apabila b’ckp atau b’gurau, krn mungkin mereka akn terasa hati dgn kita dan pastinya akn mengeruhkn p’shbtn kita itu.

Apatah lagi dgn kedua ibu bapa kita, sbg srg anak, dlm m’dpt barakah drp Allah SWT, keredhaan dan restu drp ibu bapa kita amat penting. Jadilah srg anak yang baik, kerana srg anak yg diredhai dan disenangi oleh ibu bapanya akan diredhai ALLAH SWT dan m’dpt barakah drp-Nya.

Bajailah hati nurani kita dgn wasiat2 ‘kekasih ALLAH’ ini. Teman ana pernah mengingatkn ana, iaitu jika kita merasakan malas atau bosan untuk megamalkan kebaikan sesuatu dan berdoa, bacalah ayat 97-98, Surah Al-Mukminun, sesungguhnya perasaan ini adalh dr bisikan syaitan laknatullah semata-mata, na’uzubillah..

Marilah kita sm2 jadikan diri kita bukti keindahan Islam wpun scr bersederhana. Alangkah indahnya wajah keimanan seorang muslimin dan muslimat yang jernih, ceria, senyum yg tulus ikhlas, semestinya dpt membahagiakan sesiapa shj yang memandang.

Saudaraku, mudah-mudahan dgn mengamalkan akhlak di atas, insyaAllah kita termasuk dlm golongan mujahidin dan mujahidah yang sentiasa mengutamakan kemuliaan Islam sepertimana yg dicita-citakan Rasulullah s.a.w, “Innama buitsu li’utammima makarimal akhlak”..maksudnya “ Sesungguhnya aku diutus ke bumi ini untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”.

“Sesungguhnya Allah bersama org2 yg bertakwa dn org2 yg berbuat kebaikan” . (An-Nahl :128)
Sekian sj buat kali ini, ilalliqo’..assalamualaikum wbt...=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan