Jumaat, 3 Julai 2009

TANGISAN PENGUBAT JIWA: TANGISAN RINDU



Baginda SAW bersabda : “Jika kamu semua megetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.”
Daripada hadis yang terdahulu dicatitkan, dapatlah kita fahami bahawa air mata bukanlah sekadar air yang mengalir di pipi dan tidak bernilai, malah ianya kadang-kadang lebih bermakna dari sejuta kata kerana disebaliknya tersimpan rahsia yang amat sukar digambarkan dengan kata-kata. Jadi janganlah kita biarkan air mata kita tumpah dengan sia-sia, hanya kerana mengingati hal-hal duniawi,seharusnya ia terdetik dari hati insani yang suci, dari qalbu atau hati mutma’innah.
Tangisan yang diredhai ALLAH SWT adalah tangisan yang diiringi dengan keikhlasan, kelembutan, dan kasih sayang terhadap sesama makhluk dan dipandu oleh iman dan taqwa terhadap Khaliq bukan hanya kerana mengingati ciptaan-Nya semata-mata. Kenali dan cintailah Pencipta sebelum kita mencintai ciptaan-Nya.
Sesungguhnya tangisan dan air mata juga mempunyai kedudukannya dalam al-Quran. Al-Quran menjelaskan bahawa tangisan adalah tanda mengenali kebenaran, hal ini dapat dijelaskan dalam Surah al-Maidah, ayat 83.
Sudah kita ketahui bahawa kebiasaannya tangisan berpunca dari kesedihan tapi ada juga tangisan kegembiraan. Jadi, dalam mententeramkan jiwa yang resah, siramilah qalbu dengan zikrullah. Yakinlah bahawa ALLAH SWT akan sentiasa berada di sisi hamba-Nya yang mengingati-Nya.Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat(pula) kepadamu”. (Surah al-Baqarah:152). Tidak ditemui amalan yang lebih menenangkan jiwa dan juga pahala yang besar dibandingkan dgn berzikir kpd ALLAH SWT. Sentiasalah basahkan lidah kita dengan lafaz-lafaz zikrullah. “ketahuilah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati dan jiwa akan menjadi tenang.(Surah ar-Ra’d:28).
Ana akui, diri ana juga tidak sekuat insan lain, ana mudah menitiskan air mata apabila terjadinya sesuatu yang mendukacitakan malah perkara yang mengembirakan ana. Ana ingin berkongsi perkara yang terjadi pada ana baru-baru ini, ana amat tidak menyangka ALLAH SWT telah menemukan ana dengan seorang hamba-Nya yang beriman. Bagi ana, insan ini amat bermakna dalam hidup ana kini dan insyaAllah selama-lamanya. Peribadinya yang mulia membuatkan ana ingin mengenalinya lebih dekat, untuk memahami dirinya.
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, insan teristimewa ini telah banyak membimbing ana dalam hal-hal agama, dan ana amat menghargai hadirnya insan ini dalam hidup ana. Walaupun perkenalan ana dengannya sering membuatkan ana menitiskan air mata, ana amat bersyukur kerana ana tahu perkenalan ini ikhlas kerana ALLAH SWT. Ana amat berharap Allah meredhai hubungan ini, sama-samalah kita berdoa agar ianya sentiasa dalam jagaan-Nya.Buat teman ana, semoga tangisan rindu ini sentiasa dalam keredhaan ALLAH SWT, dan sulamilah isyq’ kita ini dengan benang keikhlasan hati kita agar dapat sama-sama kita merasai manisnya iman, insyaAllah.
Ingatlah , air mata yang ikhlas mengalir semata-mata kerana Allah lebih bermakna daripada sejuta tangisan. Tabahkan hati dalam menempuh ujian di dunia ini, di sebaliknya tersimpan hikmah yang terbaik buat kita.
Akhir kata, menangislah kerana Allah SWT, bukan kerana duniawi semata-mata..Hati yang bercahaya adalah dari jiwa seorang hamba yang sentiasa tulus ikhlas beribadat dan bermunajat kepada Khaliq, ALLAH SWT...Wassalam wbt..



1 ulasan:

  1. stuju sangat2..Rasulullah pernah bersabda, "Tahukah kamu ada umatku yang lebih baik dari kamu iaitu umatku di akhir zaman. Mereka merinduiku sedangkan mereka tidak pernah melihat wajahku,mereka melaksanakan ajaranku wlaupun kami tidak pernah bertemu...

    Dlm Halaqah Sentuhan Qalbu tajuk Ikon...

    p/s : salam ziarah..

    BalasPadam